Sunday 6 November 2011

10 Ciri-ciri Laman Web Terbaik (Sebuah Perkongsian)


Aip! Mesti anda semua memiliki blog/laman sesawang bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan anda disamping menjadikan ia sebagai medan bagi meluaskan lagi jenama perniagaan anda. Namun tahukah anda ada beberapa tips/trick bagi menghasilkan sesebuah laman web yang baik dan memastikan juga pengunjung gembira untuk mengunjungi laman web anda beberapa kali :)

Saya kongsikan dengan anda beberapa tips yang menarik dan sering saya gunakan,


1) Rekaan Laman Web Anda Harus Unik & Berbeza!
Anda perlu memahami setiap pengunjung ke laman web anda mahukan suasana yang selesa dan mampu membuatkan mereka mempercayai kredibiliti dan kemahiran anda dalam sesuatu kemahiran. Sebagai contoh jika anda menjual perkhidmatan rekaan grafik., first Impressions adalah kunci utama bagi membina kepercayaan pelanggan terhadap perniagaan anda. Jika rekaan anda terlalu biasa dan berserabut dan tiada tema & konsep bersesuaian, pelanggan sama sekali tidak akan mempercayai malah akan mula ragu-ragu untuk menggunakan khidmat anda.

Namun, rekaan yang Clean & Simple adalah yang terbaik. Tidak perlu terlalu serabut hinggakan pengunjung tiada arah pembacaan sekaligus mereka akan mulai bosan, keliru, dan terus meninggalkan laman web tersebut. Pastikan rekaan anda unik dan berbeza daripada pesaing-pesaing anda. Ini penting bagi membezakan anda dan peniaga yang lain.



2) Trick 5 saat
Semua pengunjung ke laman anda mahukan maklumat yang pantas diperolehi. Sepertimana anda ketahui sesebuah laman web yang mempunyai muat turun yang pantas lebih disukai oleh pengunjung. Anda tidak tahu tahap kesabaran setiap pengunjung untuk menunggu setiap halaman anda dimuat turun. Silap-silap mereka terus klik butang pangkah di pelayar internet mereka, kan dah rugi :)

Jadi langkah yang boleh anda lakukan adalah dengan mengoptimumkan sebaik mungkin elemen-elemen yang membuatkan laman web anda begitu lambat untuk dipamerkan. Contohnya seperti Flash, gadget, gambar, lagu dan objek. Sekiranya ingin menggunakan juga, anda boleh memberi pilihan kepada pengunjung sama ada jika talian internet mereka perlahan mereka boleh ke versi Low Bandwith, Mobile, ataupun FLASH jika talian internet mereka laju dan baik. Banner Iklan luar yang tidak membantu perniagaan anda tidak perlulah diletakkan sehingga memenuhi di laman web anda ini kerana ianya akan membuatkan laman web anda bertambah lambat untuk dipamerkan.

Jika laman web mampu dimuat turun kurang dari 5 saat, itu adalah petanda laman web anda mempunyai ciri-ciri yang disukai oleh pengunjung. Tahniah!


3) Gunakan elemen Multimedia sebagai penyampai maklumat
Gunakan elemen-eleman Multimedia dalam mencantikkan lagi penyampaian info dan gambar seperti menggunakan gambar, animasi, dan video. Tidak perlu anda menggunakan ayat yang terlampau panjang dan berulang-ulang kerana jika mereka ingin membaca teks yang terlampau panjang baik mereka ke perpustakaan sahaja. Mereka inginkan kelaianan dalam visual persembahan informasi anda. Pastikan jika teks digunakan ianya harus ringkas, padat dan mudah difahami. Tidak perlu menggunakan istilah-istilah yang terlalu tinggi untuk mereka fahami. Simple is better! Persembahan Multimedia bukan sahaja boleh membuatkan laman web anda lebih menarik malahan pengunjung senang mengingati Laman Web anda. Menarik bukan? :)



4) Mesra Pengguna
Pastikan Laman Web anda mempunyai pautan-pautan yang mudah dicari dan senang difahami. Tidak perlu membuatkan laman web anda begitu kompleks dan canggih sehingga melambatkan pencarian maklumat dan menyusahkan pengunjung. Laman web yang begitu canggih dan kompleks akan menakutkan para pengunjung dan secara tidak langsung akan menjauhkan  pelanggan anda. Mereka hanya mahukan  perkhidmatan yang sangat "Mesra Pelanggan", santai, mudah dan pantas.


5) Membantukah Intro Page?
Pernahkah anda memasuki laman web yang mempunyai intro page dan biasanya dioperasikan oleh Flash Player? Tentu bosan menunggu bukan. Sebenarnya ianya tidak memberi sebarang makna buat pelanggan kerana terpaksa menunggu untuk melihat animasi tersebut tamat sahaja. Ianya membuang masa pelanggan anda untuk menikmati intro tersebut. Sedangkan mereka hanya ingin mencari maklumat mengenai perniagaan anda. Pada pendapat saya, adalah lebih baik jika paparan animasi tersebut diletakkan di Laman utama anda dan sediakan pautan pilihan kepada pelanggan jika ingin melihat paparan animasi (flash/video) tersebut.


6) Pastikan Laman Web anda siap dibina! 
Sebelum membuat pemasaran bagi laman web anda, pastikan setiap butang mempunyai pautan dan setiap halaman muka web anda siap sepenuhnya.  Jangan sesekali melakukan seperti ini, UNDER CONTRUCTION atau DALAM PEMBINAAN. Ini akan merendahkan integriti laman anda. Sekiranya terdapat halaman yang belum siap, jangan paparkan. Sembunyikan dahulu pautan tersebut sehinggalah laman tersebut siap dibina.


Namun sekiranya anda ingin membuatkan laman anda sentiasa dikemaskini, anda boleh berikan harapan kepada pengunjung dengan membuat pautan gimik seperti teaser. Contohnya jika anda dalam perancangan untuk menghasilkan halaman Tutorial, anda boleh masukkan teks gimik seperti "Nantikan Tutorial Terbaru dari kami pada ## ## ##. Jadi, pengunjung akan ternanti-nanti akan artikel yang anda henda tuliskan tersebut. Namun awas, jangan sesekali memungkiri janji-janji anda kepada pelanggan anda :)





7) Jangan tertinggal maklumat penting
Maklumat penting seperti maklumat untuk dihubungi, maklumat terperinci produk/perkhidmatan dan perniagaan haruslah diutamakan. Ianya penting bagi pelanggan membina kepercayaan kepada perniagaan anda. Pastikan maklumat seperti hubungi kami dimasukkan agar memudahkan mereka mencari dan berurusan dengan anda.


8) Interaktif
Laman Web anda perlu jadi lebih interaktif dan bertambah baik jika mempunyai komunikasi sosial dengan pelanggan anda. Dengan memasukkan elemen-elemen Multimedia untuk interaksi bersama pelanggan menjadi lebih santai dan menyeronokkan. Bukan itu sahaja anda juga boleh membina pautan ke laman-laman sosial anda bagi membolehkan pengunjung berinteraksi dan memberi maklumbalas segera mengenai produk dan perkhidmatan anda.


9) Laman Web Kita Untuk Semua
Pernahkah anda terfikir untuk memasukkan elemen "Web Accessibility" untuk golongan-golongan tertentu memasuki laman web anda? Contohnya seperti golongan yang rabun warna/cacat penglihatan? Atau yang mempunyai masalah pendengaran? Bagaimana Laman web anda mampu berinteraksi dengan golongan tertentu ini? Jawapan bagi persoalan ini saya biarkan anda untuk memikirkannya :)



















10) Mobile Website
Walaupun masih boleh dikatakan ramai pengunjung menggunakan Komputer bagi melayari internet tetapi Dunia Smartphone/Tablet semakin dekat menghampirinya. Pernahkan anda membuka sendiri dari tablet/smartphone anda bagi melihat sendiri kesesuaian laman anda bila dipamerkan di dalam smartphone mahupun tablet? Bagaimana rupanya? Adakah ianya masih mudah diakses dan Mesra Pengguna?














Terdapat pelbagai lagi elemen-elemen menarik yang boleh diaplikasikan ke dalam Laman Web anda, contoh yang diberikan di atas adalah sebahagian sahaja, dan perkongsian ini hanyalah bersandarkan daripada pengalaman penulis sahaja dalam mereka bentuk Laman Web pelanggan.

Abdul Azim Bin Abdul Halim
Web Designer | www.pixiestudio.com.my