Sunday 6 November 2011

10 Ciri-ciri Laman Web Terbaik (Sebuah Perkongsian)


Aip! Mesti anda semua memiliki blog/laman sesawang bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan anda disamping menjadikan ia sebagai medan bagi meluaskan lagi jenama perniagaan anda. Namun tahukah anda ada beberapa tips/trick bagi menghasilkan sesebuah laman web yang baik dan memastikan juga pengunjung gembira untuk mengunjungi laman web anda beberapa kali :)

Saya kongsikan dengan anda beberapa tips yang menarik dan sering saya gunakan,


1) Rekaan Laman Web Anda Harus Unik & Berbeza!
Anda perlu memahami setiap pengunjung ke laman web anda mahukan suasana yang selesa dan mampu membuatkan mereka mempercayai kredibiliti dan kemahiran anda dalam sesuatu kemahiran. Sebagai contoh jika anda menjual perkhidmatan rekaan grafik., first Impressions adalah kunci utama bagi membina kepercayaan pelanggan terhadap perniagaan anda. Jika rekaan anda terlalu biasa dan berserabut dan tiada tema & konsep bersesuaian, pelanggan sama sekali tidak akan mempercayai malah akan mula ragu-ragu untuk menggunakan khidmat anda.

Namun, rekaan yang Clean & Simple adalah yang terbaik. Tidak perlu terlalu serabut hinggakan pengunjung tiada arah pembacaan sekaligus mereka akan mulai bosan, keliru, dan terus meninggalkan laman web tersebut. Pastikan rekaan anda unik dan berbeza daripada pesaing-pesaing anda. Ini penting bagi membezakan anda dan peniaga yang lain.



2) Trick 5 saat
Semua pengunjung ke laman anda mahukan maklumat yang pantas diperolehi. Sepertimana anda ketahui sesebuah laman web yang mempunyai muat turun yang pantas lebih disukai oleh pengunjung. Anda tidak tahu tahap kesabaran setiap pengunjung untuk menunggu setiap halaman anda dimuat turun. Silap-silap mereka terus klik butang pangkah di pelayar internet mereka, kan dah rugi :)

Jadi langkah yang boleh anda lakukan adalah dengan mengoptimumkan sebaik mungkin elemen-elemen yang membuatkan laman web anda begitu lambat untuk dipamerkan. Contohnya seperti Flash, gadget, gambar, lagu dan objek. Sekiranya ingin menggunakan juga, anda boleh memberi pilihan kepada pengunjung sama ada jika talian internet mereka perlahan mereka boleh ke versi Low Bandwith, Mobile, ataupun FLASH jika talian internet mereka laju dan baik. Banner Iklan luar yang tidak membantu perniagaan anda tidak perlulah diletakkan sehingga memenuhi di laman web anda ini kerana ianya akan membuatkan laman web anda bertambah lambat untuk dipamerkan.

Jika laman web mampu dimuat turun kurang dari 5 saat, itu adalah petanda laman web anda mempunyai ciri-ciri yang disukai oleh pengunjung. Tahniah!


3) Gunakan elemen Multimedia sebagai penyampai maklumat
Gunakan elemen-eleman Multimedia dalam mencantikkan lagi penyampaian info dan gambar seperti menggunakan gambar, animasi, dan video. Tidak perlu anda menggunakan ayat yang terlampau panjang dan berulang-ulang kerana jika mereka ingin membaca teks yang terlampau panjang baik mereka ke perpustakaan sahaja. Mereka inginkan kelaianan dalam visual persembahan informasi anda. Pastikan jika teks digunakan ianya harus ringkas, padat dan mudah difahami. Tidak perlu menggunakan istilah-istilah yang terlalu tinggi untuk mereka fahami. Simple is better! Persembahan Multimedia bukan sahaja boleh membuatkan laman web anda lebih menarik malahan pengunjung senang mengingati Laman Web anda. Menarik bukan? :)



4) Mesra Pengguna
Pastikan Laman Web anda mempunyai pautan-pautan yang mudah dicari dan senang difahami. Tidak perlu membuatkan laman web anda begitu kompleks dan canggih sehingga melambatkan pencarian maklumat dan menyusahkan pengunjung. Laman web yang begitu canggih dan kompleks akan menakutkan para pengunjung dan secara tidak langsung akan menjauhkan  pelanggan anda. Mereka hanya mahukan  perkhidmatan yang sangat "Mesra Pelanggan", santai, mudah dan pantas.


5) Membantukah Intro Page?
Pernahkah anda memasuki laman web yang mempunyai intro page dan biasanya dioperasikan oleh Flash Player? Tentu bosan menunggu bukan. Sebenarnya ianya tidak memberi sebarang makna buat pelanggan kerana terpaksa menunggu untuk melihat animasi tersebut tamat sahaja. Ianya membuang masa pelanggan anda untuk menikmati intro tersebut. Sedangkan mereka hanya ingin mencari maklumat mengenai perniagaan anda. Pada pendapat saya, adalah lebih baik jika paparan animasi tersebut diletakkan di Laman utama anda dan sediakan pautan pilihan kepada pelanggan jika ingin melihat paparan animasi (flash/video) tersebut.


6) Pastikan Laman Web anda siap dibina! 
Sebelum membuat pemasaran bagi laman web anda, pastikan setiap butang mempunyai pautan dan setiap halaman muka web anda siap sepenuhnya.  Jangan sesekali melakukan seperti ini, UNDER CONTRUCTION atau DALAM PEMBINAAN. Ini akan merendahkan integriti laman anda. Sekiranya terdapat halaman yang belum siap, jangan paparkan. Sembunyikan dahulu pautan tersebut sehinggalah laman tersebut siap dibina.


Namun sekiranya anda ingin membuatkan laman anda sentiasa dikemaskini, anda boleh berikan harapan kepada pengunjung dengan membuat pautan gimik seperti teaser. Contohnya jika anda dalam perancangan untuk menghasilkan halaman Tutorial, anda boleh masukkan teks gimik seperti "Nantikan Tutorial Terbaru dari kami pada ## ## ##. Jadi, pengunjung akan ternanti-nanti akan artikel yang anda henda tuliskan tersebut. Namun awas, jangan sesekali memungkiri janji-janji anda kepada pelanggan anda :)





7) Jangan tertinggal maklumat penting
Maklumat penting seperti maklumat untuk dihubungi, maklumat terperinci produk/perkhidmatan dan perniagaan haruslah diutamakan. Ianya penting bagi pelanggan membina kepercayaan kepada perniagaan anda. Pastikan maklumat seperti hubungi kami dimasukkan agar memudahkan mereka mencari dan berurusan dengan anda.


8) Interaktif
Laman Web anda perlu jadi lebih interaktif dan bertambah baik jika mempunyai komunikasi sosial dengan pelanggan anda. Dengan memasukkan elemen-elemen Multimedia untuk interaksi bersama pelanggan menjadi lebih santai dan menyeronokkan. Bukan itu sahaja anda juga boleh membina pautan ke laman-laman sosial anda bagi membolehkan pengunjung berinteraksi dan memberi maklumbalas segera mengenai produk dan perkhidmatan anda.


9) Laman Web Kita Untuk Semua
Pernahkah anda terfikir untuk memasukkan elemen "Web Accessibility" untuk golongan-golongan tertentu memasuki laman web anda? Contohnya seperti golongan yang rabun warna/cacat penglihatan? Atau yang mempunyai masalah pendengaran? Bagaimana Laman web anda mampu berinteraksi dengan golongan tertentu ini? Jawapan bagi persoalan ini saya biarkan anda untuk memikirkannya :)



















10) Mobile Website
Walaupun masih boleh dikatakan ramai pengunjung menggunakan Komputer bagi melayari internet tetapi Dunia Smartphone/Tablet semakin dekat menghampirinya. Pernahkan anda membuka sendiri dari tablet/smartphone anda bagi melihat sendiri kesesuaian laman anda bila dipamerkan di dalam smartphone mahupun tablet? Bagaimana rupanya? Adakah ianya masih mudah diakses dan Mesra Pengguna?














Terdapat pelbagai lagi elemen-elemen menarik yang boleh diaplikasikan ke dalam Laman Web anda, contoh yang diberikan di atas adalah sebahagian sahaja, dan perkongsian ini hanyalah bersandarkan daripada pengalaman penulis sahaja dalam mereka bentuk Laman Web pelanggan.

Abdul Azim Bin Abdul Halim
Web Designer | www.pixiestudio.com.my

Thursday 27 October 2011

Konsep Rekaan Samsung Galaxy Tab 3D

Konsep terkini Galaxy Tab 3D rekaan Joseph Dumary sungguh menggagumkan. Masih mengekalkan gaya rekaan Samsung yang seakan mirip galaxy tab terdahulu 10.1, kelainan ditampilkan dengan visual paparan penuh HD Amoled dan disokong oleh platform Android 4.0 Ice Cream Sandwich.

Kini anda boleh menikmati Movie 3D tanpa menggunakan cermin mata khas 3D. Menarik bukan? Di samping itu juga Tabby ini dilengkapi dengan fungsi mengambil gambar dan video secara 3D. Uiks macam mana tu? Rekaan paparan menu khas 3D pasti memukau dan menarik perhatian anda untuk mencubanya.Walaubagaimanapun maklumat terperinci mengenai tabby ini tidak banyak diperolehi.

Soalan yang akan berlegar di kepala anda, bilakah tabby ini akan tiba di Malaysia? Tunggu pengumuman rasmi dari pihak Samsung sendiri ya :)


















p/s : Sudah menjadi trend terkini jika anda melihat ramai orang memegang tablet semasa berjalan-jalan di luar mahupun ke pasaraya.Jangan terkejut jika anda lihat kanak-kanak pun sudah mempunyai tablet sendiri!

Laman Rasmi FAM kena Hack

Akibat ketidakpuashatian peminat mengenai kenaikkan harga tiket yang melampau bagi aku, FAM menerima satu dua tamparan hebat setelah laman web mereka digodam berterusan. Walaupun laman web FAM telah dipulihkan namun telah digodam balik!

Mungkin FAM perlu menilai balik permintaan encik-encik pengodam tu, btw bagi aku lah tak perlu nak godam-godam ni untuk menunjukkan ketidakpuashatian, coz akan menyusahkan banyak pihak. Lebih-lebih lagi si pembuat Laman Web tu a.k.a Webmaster. Kerana ketidakpuashatian terhadap orang lain, kerja bertambah pula kepada si Webmaster ni. Tak ke mereka ni dianiayai? Sedangkan si pemberi idea kenaikkan tiket tu tak der kesan apa-apa pun kan?

Dengan mengodam dan meletakkan imej menatang tu, secara tidak langsung menjatuhkan imej negara, coz jiran-jiran tetangga kita yang prihatin di luar sana pasti tergelak-gelak sampai ketuk meja.

Diharapkan pihak Webmaster berjaya menyelesaikan masalah pengodaman ini dengan lebih cepat.

Laman Web yang telah dihack boleh dilihat di http://www.fam.org.my

Wednesday 26 October 2011

Aksesori Pilihan : Car Charger Galaxy tab 7.0

Kali ini aku akan review mengenai aksesori pilihanku iaitu Car Charger untuk Galaxy tab. Baru-baru ini aku ada membeli charger yang macam ori hehe senang kata tiruan lah, harga lebih kurang RM30 sahaja, masa test di kedai OK beb!

Sekali dua pakai di kereta pula bertambah ok, tetapi bila dah masuk seminggu hanya lampu pada car charger sahaja menyala hehe, jadi di sini aku menyarankan agar membeli sahaja yang ori kerana harga lebih kurang RM60-RM80 sahaja.

Pastikan ada logo SAMSUNG di atas car charger seperti di gambar rajah ini :)

 Alhamdulilah setelah menggunakan beberapa kali, memang tak pernah rosak. Seriusly gunalah yang Ori ya wahai pengguna Galaxy Tab hehe.

Cara Upgrade Galaxy Tab 7.0 ke OS Android Gingerbread 2.3

  1. Penuhkan Bateri Tabby Galaxy anda (85% ke atas)
  2. Masuk ke Settings>Wireless and network>USB settings>Pastikan Samsung Kies dipilih.
  3. Buka aplikasi Samsung Kies (pastikan Kies diupdate terlebih dahulu)
  4. Hubungkan Galaxy Tab ke PC
  5. Tunggu sampai status menjadi connected.
  6. Akan muncul dialog di aplikasi Samsung Kies bahawa ada update untuk firmware.
  7. Pilih OK dan ikuti langkahnya sampai akhir. Ketika proses berlangsung, jangan putuskan hubungan antara Galaxy Tab dengan PC.
  8. Selamat menikmati Gingerbread :D   


PERINGATAN : Sebarang kerosakkan/gangguan pada Tablet Galaxy Tab anda adalah atas risiko masing-masing, namun penulis telah mencuba sendiri kesemua aplikasi-aplikasi ini sebelum mencadangkan kepada orang lain. :)

    13 Aplication TERBAIK GALAXY TAB Pilihan saya

    ~ Market

    Aplikasi Pilihan Untuk Di Download ke dalam Galaxy Tab

    *Pilihan ini sangat2 sesuai utk yang membuat bisnes sampingan/online/bisnes kecil-kecilan

    1) Form Buider
    - Mencipta, Merekod,dan Menyimpan data yang boleh dibuat melalui borang yang disediakan. Ianya sangat mudah digunakan, tidak memerlukan sebarang kepakaran dalam programming. Anda juga oleh mencipta borang sendiri dan memudahkan menyimpan data dan rekod pelanggan mahupun stok dalam perniagaan anda.

    2) Expense Manager
    - Menguruskan maklumat mengenai perbelanjaan dan pendapatan anda. Aplikasi ini sangat memudahkan anda dalam mengetahui aliran kewangan anda, graf bulanan juga disediakan. Terbahagi kepada perbelanjaan Peribadi dan Perniagaan. Anda juga boleh mencipta Password bagi keselamatan data anda dibaca oleh orang lain.

    3) Thinking Space
    - Membina Peta minda dengan mudah dan pantas. Pelbagai tool menarik disediakan, dan yang menariknya file ini boleh dieksport dengan mudah dan boleh dikongsikan dengan orang lain.

    4) MoBill Reminder
    - Menjadi teman anda dalam menyampaikan maklumat kepada anda mengenai bil-bil bulanan yang harus dijelaskan pada bulan-bulan tertentu mengikut kemahuan anda. Aplikasi ini juga menyediakan fungsi password bagi keselamatan data anda.

    5) Note Everything
    - Serius sangat menarik, boleh menguruskan pelbagai maklumat sama ada teks, gambar, suara, barcode, dll. Folder juga boleh dihasilkan bagi memudahkan anda mencari nota di kemudian hari.

    6) Document to go (dicadangkan versi CRACK)
    - Membolehkan anda membaca, mengubahsuai dan membina file Microsoft Office seperti Word, Excel dan Power Point, PDF juga boleh dibaca melalui aplikasi ini.

    7) Dolphin Browser HD (Pelayar Laman Web)
    - Sangat pantas semasa membuka Internet dengan aplikasi ini, boleh disable fungsi Flash di laman web yang sangat padat dan berat.

    8) Android Booster
    - Dengan aplikasi ini anda boleh check status Memory, GPRS, Battery, Network, dan fungsi utamanya adalah untuk Optimize penggunaan RAM anda. Mampu menutup beberapa perisian yang tidak digunakan dengan pantas, dan mampu melajukan prestasi Galaxy Tab Anda.

    9) Wifi Analyzer
    - Mengesan status wifi dengan mudah, dan anda boleh membandingkan kadar kelajuan dan jumlah penerimaan wifi di tempat anda.

    10) X5 Papago
    - Aplikasi ini masih dalam kajian, kerana masih terdapat masalah signal pada GPS, walaubagaimanapun signal dapat diperolehi dengan mudah jika di dalam kawasan yang mempunyai penerimaan line yang baik.

    11) Apps Organizer
    - Memudahkan anda menguruskan aplikasi-aplikasi anda yang terlampau banyak dan boleh dilabel mengikut kategori. Kemaskan dan boleh dijadikan widget di Home Screen Galaxy Tab Anda ^^

    12) Business Calendar Free
    - Menguruskan dan memudahkan kerja harian anda, pasti anda tidak lupa lagi untuk bertemu janji dengan prospek anda ataupun dengan si dia ^^

    13) Gingerbread Keyboard
    - Dah jemu dan boring dengan layout keyboard anda? Jom test guna Keyboard terbaru Gingerbread ini, design lebih kemas dan mantap. Warna Hitam lagi! ^^



    GAMES PILIHAN,

    1) Gun Bros
    2) Raging Thunder 2 Lite
    3) AirAttack HD Part 1
    4) Angry Bird Rio + Angry Bird Unlock
    5) Robo Defense


    *bagaimana nak dapatkan aplikasi semua ini secara percuma? Senang sahaja download sahaja melalui aplikasi Market anda.

    PERINGATAN : Sebarang kerosakkan/gangguan pada Tablet Galaxy Tab anda adalah atas risiko masing-masing, namun penulis telah mencuba sendiri kesemua aplikasi-aplikasi ini sebelum mencadangkan kepada orang lain. :)

    Selamat Mencuba

    Kekunci Pintasan GALAXY TAB (Bahagian 1)

    ~ Melayari Internet dgn Mudah sama seperti dlm PC

    *Sebelum anda mencuba/menguji/menggunakan panduan dan application yang dicadangkan oleh penulis, adalah diingatkan bahawa penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan atau gangguan sistem yang berlaku pada tablet anda. Semuanya adalah atas risiko pemilik tablet masing-masing.

    Namun penulis sendiri telah mencuba/mendapatkan maklumat sebanyak mungkin sebelum menulis artikel ini hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan semua ^^ Selamat Mencuba.

    ~ A) Aktifkan/Matikan 3G (Manual)
    1- Di Home Screen Pilih Menu
    2- Pilih Setting
    3- Pilih tetapan Wireless & Network
    4- Pilih Mobile Networks
    5- Pilih Network jenis GSM (untuk OFF 3G) & Pilih WSDMA (untuk ON 3G)

    Cara kedua Gunakan Application,
    1- Pilih Market
    2- Download Application :
       a. Network Switcher ATAU
       b. Internet Scheduler

    ~ B) Basic Shortcut Key dalam Galaxy Tab

    1- TASK MANAGER/MULTITASKING : Tekan lama pada HOME button(*sgt berguna jika sedang menggunakan lebih dr 2 application)

    2- BUANG/TAMBAH layar pada Home Screen :

        a) Cubit skit pada Home Screen anda (semestinya guna dua jari)

        b) Tekan icon + (untuk tambah)

        c) Tekan Lama pada layar (sehingga berubah warna) dan pindahkan (jgn lepas) ke tong sampah di bawah.

    3- PRINT SCREEN : Tekan Lama pada BACK BUTTON (tanpa lepas) kemudian klik Power Button. (akan kedengaran bunyi capture ^^)

    4- DELETE APPLICATION ICON di Home Screen
        a) Tekan lama pada icon sehingga berubah warna (menjadi malap) kemudian pindahkan(drag) ke Tong Sampah di bawah.

    5- LOCK ORIENTATION
       a) Tarikkan layar Notification di atas dan tarikkan ke bawah,
       b) Pilih (aktifkan) Orientation Lock.

    6- REBOOT GALAXY TAB - Jika Galaxy Tab terpadam dengan tiba-tiba mungkin kerana :
       a) anda tidak UNMOUNT MICRO SD CARD anda dengan cara yang betul
       b) anda tak eject secara betul dari PC ke Tablet anda
       c) kena Virus
       d) install application sampai JEM

    dan anda sudah klik beberapa kali Power Button namun tidak menyala juga, sila lakukan arahan berikut :
    1- Tekan lama pada Power Button (tanpa lepas)
    2- dan tekan Volume Button di atas (dalam kiraan 15 second)
    3- sama ada akan reboot sendiri (keluar icon ANDROID) ATAU pilih tetapan REBOOT sahaja.


    -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
    *Penulisan artikel ini ditulis secara santai-santau sahaja, penulis akan menambah tutorial ini dari semasa ke semasa. TQ ^^

    Bila Galaxy Tab 7.0 plus akan tiba di Malaysia?

    Wau! Masih ingatkah anda dengan tablet Samsung Galaxy Tab 7.0 yang lama?

    Dengar khabarnya ada versi facelift untuk model ini,
    beberapa bahagian dan komponen penting telah diupgrade sesuai dengan penggunaan semasa dalam kehidupan seharian kita.

    Apa yang ditambah untuk model terbaru kali ini?

    1) Saiz lebih nipis(193,65 x 122,37 x 9,96mm) dan ringan(345g) berbanding dengan Galaxy tab 7.0 sebelum ini.
    2) Processor lebih laju(1.2Ghz Dual Core) Confirm tak tersekat-sekat dah kan hehe
    3) OS Android menggunakan Honeycomb versi terkini 3.2 dan TouchWiz UX user interface.

    Tabby kali ini juga membolehkan kita membuat panggilan dan menghantar SMS(HSDPA 21Mbps, WiFi 802.11 a / b / g / n, WiFi Direct, Bluetooth 3.0) sama seperti versi terdahulu. Malahan fungsi GPS masih dikekalkan

    Tabby ini juga dilengkapi kamera belakang 3 Megapiksel (Auto Focus) dan disertakan LED Flash. Manakala kamera di hadapan mempunyai sebanyak 2 Megapiksel.

    Memang terbaek! Namun agak menghampakan kerana versi terawal akan tiba di Indonesia dan Australia akhir bulan oktober ini. Pelancaran di Malaysia masih tidak diketahui lagi, yelah kalau dilihatkan di Malaysia baru sahaja Tabby versi 10.1 dilancarkan.

    Harga bagi Tabby 7.0plus juga masih tidak diketahui. Jadi bagus juga untuk kita kumpul-kumpul duit dahulu sebelum versi terbaharu ini tiba di Malaysia.

    Pengguna Galaxy Tab terdahulu 7.0 berkemungkinan dapat upgrade OS ke 3.2, mungkinkah?

    p/s: Penulis sangat berminat versi 7.0 kerana saiz yang compact dan mudah di bawa kemana sahaja.Sementara menunggu versi baharu jom layan video Tabby Galaxy from Samsung ni

    Review : Kelebihan Galaxy Tab 7.0

    Alhamdulilah bertemu kita di post yang kedua. Kali ini aku akan cuba review sebaik mungkin mengenai Gadget yang tidak asing lagi iaitu Galaxy Tab 7.0 keluaran Samsung.

    Penulisan berdasarkan pengalamanku menggunakan tabby ini selama 6 bulan. Aku cuba review dari angle seorang usahawan perniagaan online Multimedia.









    KELEBIHAN GALAXY TAB 7.0

    1) Saiz
    - saiz tabby ini sangat memainkan peranan yang penting. Ianya mudah dibawa, ringan, dan tidak terlalu besar atau kecil sehingga menyusahkan pencarian aplikasi ataupun pembacaan sepertimana menggunakan handphone. Yang penting mudah disimpan! ^^


    2) Multitasking
    - yup pengalaman menggunakan pelbagai aplikasi serentak akan memberikan pengalaman menakjubkan sepertima menggunakan komputer sebenar. Apabila anda melayari internet, anda juga pada masa yang sama boleh mendengar muzik di winamp mahupun bersocial media.

    3) Android Application
    - aplikasi yang disediakan di Android Market begitu banyak! Hanya muat turun sahaja aplikasi yang sesuai dengan anda. Kebanyakkannya aplikasi adalah percuma.

    4) Flash Support
    - Melayari internet sama seperti pengalaman menggunakan komputer sebenar. Tabby ini menyokong sepenuhnya flash!
    Kelajuan internet juga bergantung kepada pakej telco yang dipilih.

    5) email
    - mudah untuk menaip, menyunting, dan mahupun menyalin dan membuang teks dan gambar menjadi sangat mudah. Aku sendiri teruja dengan hanya menggunakan sentuhan skrin sahaja mampu melaksanakan pelbagai fungsi.

    7) GPS
    - sistem navigasi turut dimuatkan salam tablet ini. Memudahkan anda mencari lokasi tempat mahupun arah panduan jalan. Anda juga boleh install Papago x5 untuk alternatif lain mencari arah jalan dengan lebih mudah!

    Skype
    - yup! Tablet ini menyokong sepenuhnya, namun anda harus pertingkatkan sistem operasi ke Gingerbread 2.3 untuk menggunakan video call. Line sangat jelas dan tidak tersangkut-sangkut.

    9) Full HD Movie
    - Anda boleh melihat videoclip mahupun movie dengan visual yang sungguh menakjubkan. Grafik sangat tajam dan terang!

    10) Transfer data
    - Pindah data menjadi mudah dengan sokongan usb, dan bluetooth. Slot SD card juga disediakan bagi pengguna menambah memory simpanan dan juga memudahkan urusan pemindahan data.

    11) Office Data
    - Bagi yang gemar menggunakan perisian femes seperti microsoft word, excel, dan power point, anda boleh membuat suntingan, dan menghasilkan dokumen baru.

    12) Games
    - Minat games? Anda pasti teruja dengan pelbagai aplikasi games percuma disediakan. Terdapat juga game berdefinasi tinggi HD secara percuma untuk dimuat turun. Yang menariknya anda boleh bermain mode multiplayer secara online dengan pengguna lain di seluruh dunia.

    13) Readers Hub
    - tabby ini sangat sesuai digantikan dengan buku kertas. Kerana dengan saiz yang sangat sesuai, pembacaan menjadi begitu menarik, dan banyak ebook boleh dimasukkan. Pelbagai mode pilihan boleh diubah dan disesuaikan dengan pengguna.

    14) Integrated Calendar
    - Bagi usahawan seperti saya, kalendar digital sangat penting dan menjadi pembantu sepenuh masa bagi merekod data penting dan mencatatkan segala temujanji dengan pelanggan dan client.

    15) Kamera
    - kualiti kamera juga tidak mengecewakan. Dengan 3.0 mp dan ditambah dengan LED flash, hasil tangkapan menjadi sangat berkualiti dan memuaskan.

    16) Accessories
    - aksesories yang disediakan sangat banyak, dan mempunyai variasi pilihan yang pelbagai. Seperti car charger, keyboard docj, vehicle dock, leather pouch, stylus pen dll.

    Sedikit sebanyak perkongsian dari saya, yang dapat dikongsikan bersama. Pada post yang seterusnya akan saya ceritakan kekurangannya pula.

    Nota Kaki : sangat seronok bermain games Raging Thunder! Dan teruja mendengar bunyi notification dari yahoo email dan facebook. ^^

    unik ke blog ni?

    Unik ke blog ni? Tak kot melainkan anda, anda dan anda di sana yang menjadikan laman ini sentiasa unik dan berbeza dari laman blog yang lain. Namun yang pastinya setiap blog yang ada di lapangan internet ini sama sahaja, ada tulisan, gambar, interaktif dan komunikasi antara penulis dan pembaca.

    Jadi apa kelainan yang akan anda saksikan di laman ini? Tak perlu ternanti-nanti atau menunggu lama sebab penulis pun jarang online sebenarnya. Isi kandungan dan bahan utama masih dipikirkan lagi, namun jika anda ada cadangan yang boleh dikongsikan bersama apa lagi jom kongsikan dengan penulis hehehe.

    Yang pastinya penulis berhajat untuk membina sumber perkongsian yang santai mengenai ragam kehidupan masyarakat kita di Malaysia, gadget, ceciter yang aneh dan pelik dan sambil-sambil blogging ni mana tahu boleh generate side income kan heehehe. Btw selamat berkenalan, dan selamat membaca, amacam cuns tak penulisanku?